fas fa-search
PENGUMUMAN SURAT PEKELILING PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) BIL 1/2022: PENGECUALIAN PROSES PENILAIAN PEMATUHAN OLEH BADAN PENILAIAN PEMATUHAN (CAB) BAGI PENDAFTARAN KIT UJIAN COVID-19
Sukacita dimaklumkan bahawa dasar berkenaan pengecualian proses penilaian pematuhan oleh Badan Penilaian Pematuhan (CAB) bagi pendaftaran kit ujian COVID-19 sama ada untuk kegunaan kendiri atau kegunaan professional telah diluluskan oleh Mesyuarat Anggota MDA pada 9 Mei 2022 dan pelaksanaannya adalah berkuatkuasa pada 9 Mei 2022 merujuk kepada Surat Pekeliling MDA Bil 1 Tahun 2022.
Surat pekeliling tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang MDA, dan menerusi pautan berikut KLIK DISINI
Establismen yang ingin mendaftarkan kit ujian COVID-19 boleh merujuk kepada dokumen garis panduan berkaitan yang telah disediakan di laman sesawang MDA iaitu Guideline for Registration of COVID-19 IVD Test Kits, MDA/GL/07. MDA/GL/07.
Sekian, terima kasih
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
13 Jun 2022