fas fa-search
KENYATAAN MEDIA : PENGUMUMAN PERANTI PERUBATAN TIDAK BERDAFTAR GAUZE PACK WITH X-RAY DETECTABLE LINE JENAMA WHITE DOVE
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) telah mengesan peranti perubatan tidak berdaftar yang berada dalam pasaran, iaitu Gauze Pack with X-Ray Detectable Line jenama White Dove. Peranti ini didapati digunakan di hospital dan klinik, yang juga mempunyai masalah berkaitan keselamatan dan prestasi seperti penanda x-ray yang rapuh. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kecederaan dan melambatkan proses penyembuhan serta rawatan.
Oleh itu, MDA menasihatkan pengguna untuk menghentikan penggunaan peranti ini dan mendapatkan peranti alternatif untuk digunakan dalam atau semasa rawatan.
Semua pengguna peranti perubatan juga dinasihatkan untuk lebih peka dalam memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli dan digunakan adalah berdaftar.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang mdar.mda.gov.my. Sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, KKM melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas MDA (MDAFEMES) di alamat femes.mda.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar di pasaran.
CONTOH LABEL PRODUK
PRODUK GAUZE PACK WITH X-RAY LINE
Dr. Muralitharan Paramasua
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
9 Mac 2023